Perkhidmatan: Penilaian awal oleh pasukan multidisiplin, Pemulihan carakerja, Pemulihan anggota / fisioterapi, Pemulihan pertuturan, Pemulihan pendengaran, Rawatan susulan, Penilaian pemakanan, dan Rawatan psikologi
Carta Alir Perkhidmatan Kesihatan
Langkah 1 : Penilaian Awal
Penilaian awal dilakukan oleh doktor pakar untuk mengenal pasti jenis ketidakupayaan kanak-kanak. Dapatkan penilaian oleh pengamal perubatan di klinik kesihatan / klinik pakar kanak-kanak / klinik pakar perubatan pemulihan.
Langkah 2 : Pengesahan Ketidakupayaan
Pengesahan dalam ‘Borang Pendaftaran & Cadangan Penempatan Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas’.
* Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya perlu daftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tujuan mendapat bantuan / perkhidmatan kebajikan.
Langkah 3 : Penilaian Khusus Oleh Pasukan Multidisiplin
Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya dirujuk ke unit multidisiplin dan dibuat penilaian bersama untuk rawatan selanjutnya. Pasukan multidisiplin terdiri daripada pakar fisioterapi, jurupulih carakerja, pegawai pemulihan pertuturan, pegawai pemulihan pendengaran, pakar psikologi klinikal, pakar kaunseling dan pegawai pemakanan.
Langkah 4 : Perancangan Rawatan
Langkah 5 : Perlaksanaan Rawatan
Langkah 6 : Rawatan Susulan dan Penilaian Semula
Penilaian semula bagi penempatan sebenar pra-sekolah / sekolah khas / sekolah vokasional
Langkah Selanjutnya :
Kanak-kanak yang disyaki layak syarat kemasukan boleh daftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi tujuan memasuki Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. Kanak-kanak yang mempunyai masalah yang serius atau gagal mengikuti Program Pendidikan Khas KMN akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.
A KDISC FACTSHEET
The Kiwanis Disability Information and Support Centre
No. 21 Jalan SS3/82, Petaling Jaya, 47301, Selangor, Malaysia
Tel: 03-7877 0096, Fax: 03-7877 8096
Email: info@disabilitymalaysia.com
Website: www.disabilitymalaysia.com
A Community Service Project of the Kiwanis Club of Pantai (KL)
|