Directory Library Factsheets
 
 
Jabatan Tenaga Kerja
  

Perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja  



  • Melaksanakan program promosi/penggalakan penggajian Orang Kurang Upaya di sektor swasta

  • Membantu mendapatkan pekerjaan di sektor swasta dan menguatkuasakan Akta Kerja 1955

  • Menerima aduan dan menyelesaikan aduan berkaitan pekerjaan


 Proses Pendaftaran Mendapatkan Perjaan Bagi Orang Kurang Upaya


Langkah 1 - Pendaftaran


Pendaftaran Orang Kurang Upaya boleh dilakukan melalui 2 cara:



  1. Melengkapkan Borang ‘P’ yang boleh didapati daripada Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Kebajikan Masyarakat, PERKESO, Pertubuhan/Persatuan OKU, dan Pejabat Penghulu/Penggawa

  2. Melayari laman web JTK Pencari Kerja di alamat: www.mohr.gov.my


Maklumat-maklumat penting yang diperlukan:



  • Nama dan Alamat Orang Kurang Upaya/waris/pihak kedua yang boleh dihubungi

  • No. Pendaftaran Orang Kurang Upaya dan pengesahan tahap kesihatan diri / kurang keupayaan

  • Latar belakang pendidikan / kemahiran / pengalaman dan lain-lain maklumat sokongan


Calon boleh mendapatkan buku ‘Kod Amalan Pengajian Orang Kurang Upaya Di Sektor Swasta’ semasa mengunjungi mana-mana Pejabat Tenaga Kerja Negeri / Daerah


Langkah 2 : Perakuan Pendaftaran


Calon diberi perakuan pendaftaran untuk simpanan dan rujukan. Tempoh sahnya selama 6 bulan.


Langkah 3 : Pangilan Temuduga


Jabatan Tenaga Kerja akan membantu mendapatkan majikan yang memerlukan pekerja. Calon akan menerima pangilan temuduga. Temuduga akan diadakan di Pejabat Tenaga Kerja berhampiran tempat tinggal, atau di tempat-tempat pekerjaan yang menawarkan peluang pekerjaan tersebut.


Langkah 4 : Menghadiri Temuduga


Calon dikehendaki menghadiri temuduga yang ditetapkan dengan membawa semua maklumat dan dokumen termasuk dokumen sokongan.


Langkah 5 : Penempatan


Majikan akan menawarkan pekerjaan kepada calon yang berjaya dan calon itu akan menerima tawaran tersebut. Calon yang berjaya mendapat pekerjaan dikehendaki memaklumkan kepada Jabatan Tenaga Kerja mengenainya supaya status calon dapat dikemaskini.



  • Calon yang telah berjaya mendapat pekerjaan melalui usaha sendiri diminta memaklumkan ke Jabatan Tenaga Kerja bagi tujuan mengemaskini rekod.

  • Calon yang gagal dikehendaki memaklumkan kepada Jabatan Tenaga Kerja bagi membolehkan nama mereka dimasukkan semula ke dalam senarai mencari pekerjaan.





A KDISC FACTSHEET

The Kiwanis Disability Information and Support Centre

No. 21 Jalan SS3/82, Petaling Jaya, 47301, Selangor, Malaysia

Tel: 03-7877 0096, Fax: 03-7877 8096

Email: info@disabilitymalaysia.com

Website: www.disabilitymalaysia.com

A Community Service Project of the Kiwanis Club of Pantai (KL)


<< Back
film izle film izle erotik izle film izle yeşilçam erotik dizi izle dekorasyon film izle çelik kapı modelleri ayakkabı fiyatları gelinlik fiyatları dantel modelleri dekorasyon modelleri dekorasyon moda kıyafetleri moda kıyafetleri moda kıyafetleri abiye fiyatları çeyiz modelleri dekorasyon fiyatları salon dekorasyonu giyim ve moda örgü ve motif diyet le zayıflama dekorasyon örnekleri ev dekorasyonu dantel örnekleri çeyiz sandığı facebook hileleri moda tasarım mutfak dekorasyonu hergün bir bilgi dantel çeşitleri online film izle çeyiz sandığı