Directory Library Factsheets
 
 
Jabatan Kebajikan Masyarakat
  

Perkhidmatan yang disediakan bagi orang kurang upaya:  



  • Pendaftaran dan Kad Kenal Diri - Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data dan statistic bagi maksud perancangan perkhidmatan / program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.

  • Bantuan Alat Tiruan/Otortik - Bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU. Dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian.

  • Geran Pelancaran - Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan peralatan bagi menjalankan projek jaya diri / perniagaan kecil / pertanian. Peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,700.

  • Elaun Pekerja Cacat (EPC) - Skim ini bertujuan menggalakkan OKU terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain, dan sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan.

  • Bengkel Terlindung - Jabatan berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam/swasta atau menempatkan OKU di Bengkel Terlindung seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela.

  • Latihan Kemahiran Vokasional - Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi - kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) ini ditawarkan kepada OKU anggota, berumur antara 18-40 tahun, berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti komputer dan kesetiausahaan, jahitan dan rekaan fesyen, unit membuat alat tiruan, penyenggaraan komputer, pendawaian lektrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu.

  • Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan) - Latihan Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Perlindungan dan jagaan juga diberi kepada OKU yang mengalami kecacatan yang teruk. Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan harian, latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama/moral, sukan/rekreasi, dan aktiviti luar.

  • Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) - PDK satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra-3M, kreativiti, sukan dan rekreasi.


 Kemudahan dan keistimewaan yang disediakan bagi orang kurang upaya:  



  • Kemudahan Pendidikan - Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak kurang upaya. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrasi di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan.

  • Kemudahan Pengangkutan Awam - Antaranya MAS memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, KTM memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.

  • Kemudahan Perumahan - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga menyediakan kemudahan-kemudahan kepada orang kurang upaya bagi menyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan memberi pengurangan kadar sewa kepada orang kurang upaya.

  • Kemudahan Mendapat Latihan dan Pemulihan - Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi-institusi Jabatan. Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) sahaja.

  • Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan - OKU dikecualikan daripada bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan

  • Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan - Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.

  • Kemudahan Perlepasan/Pengecualian Cukai - Perlepasan/pengecualian cukai bagi ibu bapa mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Potongan cukai kepada pembayar cukai yang membeli peralatan khas untuk keguanaan diri, anak atau ibubapa kurang upaya. Potongan cukai kepada majikan-majikan yang mengambil/menawarkan pekerja kurang upaya. Perlepasan tambahan untuk OKU sendiri dan isteri.

  • Pencen Terbitan - Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (Bhg. Pencen) menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.

  • Kemudahan Alat Ganti / Alat Sokongan Tiruan - Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan OKU.

  • Kemudahan Peluang Pekerjaan - Komitment Kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya di mana 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan kurang upaya. Jabatan Tenaga Kerja telah menyediakan perkhidmatan pendaftaran peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya yang berminat untuk bekerja di sektor swasta.

  • Kemudahan Membeli Kenderaan Nasional - Pengecualian cukai jualan sebanyak 10% ke atas pembelian kereta/motosikal nasional bagi OKU yang boleh memandu. Setiap pemohonan boleh dimajukan terus kepada Kementerian Kewangan, dengan disertakan dokumen berikut: laporan perubatan, pengesahan doktor, Kad kenal Diri Orang Kurang Upaya, Kad Pengenalan, Lesen Memandu yang sah, dan maklumat kenderaan (model, nombor enjin, nombor chassis dll.)

  • Kemudahan Telekom - Syarikat Telekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahan kepada golongan OKU seperti: pengecualian bayaran sewa bulanan, panggilan 103 (operator) dikecualikan caj, dan menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan.


 Carta Alir Untuk Membuat Pendaftaran  


Langkah 1 : Pemohonan Pendaftaran - Permohonan boleh dibuat secara terus oleh individu orang kurang upaya atau melalui keluarga, agensi, surat, faks dan e-mel ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan/Negeri.


*Pemohon mesti telah didaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai orang kurang upaya dan disahkan oleh doktor kerajaan.


Langkah 2 : Siasatan Kes - JKM menjalankan interview dan siasatan kes pemohon.


*Bagi pemohonan kemasukan ke institusi: dapatkan pemeriksaan / pengesahan doctor.


*Bagi pemohonan alat tiruan: dapatkan sebut harga alat tiruan.


Langkah 3 : Keputusan Pemohonan - Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan keputusan berjaya / tidak kepada keluarga bagi permohonan bantuan, geran pelajaran, Elaun Pekerja Cacat, bantuan alat tiruan dan permohonan ke institusi.


Langkah Selanjutnya : Tindakan pihak keluarga dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


 


Syarat-syarat Pendaftaran : Warganegara Malaysia; Telah disahkan/diperakui oleh Pegawai/Pakar Perubatan hospital kerajaan; Menggunakan borang yang betul; Pendaftaran dijalankan di Pejabat Kebajikan Daerah/Jajahan/Negeri OKU bermastautin; Memiliki nombor pendaftaran OKU.





A KDISC FACTSHEET

The Kiwanis Disability Information and Support Centre

No. 21 Jalan SS3/82, Petaling Jaya, 47301, Selangor, Malaysia

Tel: 03-7877 0096, Fax: 03-7877 8096

Email: info@disabilitymalaysia.com

Website: www.disabilitymalaysia.com

A Community Service Project of the Kiwanis Club of Pantai (KL)


<< Back
film izle film izle erotik izle film izle yeşilçam erotik dizi izle dekorasyon film izle çelik kapı modelleri ayakkabı fiyatları gelinlik fiyatları dantel modelleri dekorasyon modelleri dekorasyon moda kıyafetleri moda kıyafetleri moda kıyafetleri abiye fiyatları çeyiz modelleri dekorasyon fiyatları salon dekorasyonu giyim ve moda örgü ve motif diyet le zayıflama dekorasyon örnekleri ev dekorasyonu dantel örnekleri çeyiz sandığı facebook hileleri moda tasarım mutfak dekorasyonu hergün bir bilgi dantel çeşitleri online film izle çeyiz sandığı